Aku mau menyanyi untuk TUHAN, karena Ia telah berbuat baik kepadaku.
    -------
Something you might want to know about us.
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Sakit yang menyelamatkan




Ada kalanya rasa kesakitan yang kita alami didalam hidup ini adalah kesempatan bagi kita untuk berbalik kepada Tuhan. Dia tidak mahu hati kita hancur tetapi kadang-kadang itulah satu-satu jalan kita untuk mendekati Tuhan.

Kita mungkin memiliki kesombongan yang Tuhan tidak mahu, jadi Dia ada caranya yang tersendiri untuk menyedarkan kita, kerana Dia mahu menyelamatkan kita. Tuhan adalah harapan dan sandaran yang paling utama apabila kita sakit, samada kita sakit hati, sakit kerana kecewa.Ada juga yang merasa marah dengan Tuhan kerana mereka tidak faham.

Tetapi jika kita faham maksud Tuhan itu ialah memberikan mesej atau Dia berbicara kepada kita melalui penderitaan yang kita alami. Dia memberitahu kita bahawa Dia lebih menderita daripada anda.

Dia malahan memberikan janji yang murni, yang mana tiada seorang pun Allah yang dapat menyembuhkan, yang dapat memberikan penghiburan, sukacita dan damai sejahtera selain daripada Dia saja.

Hanya Dia sahaja yang dapat memberikan semuanya.Berharap dan bergantung kepada Yesus, kerana Dialah satu-satunya jalan menuju kebahagian sejati. Sebab itu, kita diberikan kesempatan dan diberi peluang untuk mengungkapkan isi hati kepadaNya.

Apakah anda mahu menerima tawaran ini? Tawaran untuk diselamatkan, tawaran untuk mendapatkan pertolongan dan pertolongan Tuhan tidak pernah terlambat.

Bersyukur kerana Roh Kudus masih terus dapat menyedarkan kita, masih memimpin kita apabila kita jatuh, masih menuntun kita walaupun kita tersalah langkah. Kita masih diberikan kesempatan untuk membuat baik, membuat perkara yang menyenangkan hati Tuhan. Tuhan tidak mahu kita binasa, jadi Dia memberikan kita peluang untuk membuat perkara yang sesuai dengan kehendakNya.

Bacaan: Yohanes 16:7-15